~

Join Us On Facebook

__Selepas Like. Klik Sini
Please Wait 1000 Seconds...!!!

Saturday, 3 November 2012

Seminar Facebook dan Online Marketing

Salam

Satu seminar tentang berniaga online akan di adakan tidak lama lagi.

Mengapa anda perlu mengikuti seminar tersebut.

1. Merupakan salah satu pelaburan terhadap diri sendiri.
2. Menambah ilmu tentang pemasaran.
3. Supaya tidak menghabiskan masa dan wang terhadap sesuatu yang salah.
4. Memajukan perniagaan malah memperoleh lebih ramai rakan niaga.

KILIK [ Seminar Facebook dan Online Marketing ]

Thursday, 25 October 2012

100 - 95 Sebab Mengapa Memasarkan Produk di Facebook


1. Ratusan Juta Pengguna Facebook
Pengguna Facebook terus meningkat dari hari ke hari. Manakala jumlah pengguna Facebook dari Malaysia adalah di antara yang tertinggi di dunia dan Asia. Kita tidak akan mengambil kesemua jutaan pengguna itu, sebaliknya kita boleh tentukan berapa ramai yang kita mahu sasarkan.

Pengguna-pengguna Facebook ini pula biasanya akan membuka Facebook terlebih dahulu berbanding laman web yang lain. Malah tidak salah jika dikatakan, ada sebahagian pengguna Facebook tidak berminat untuk melayari mana-mana website seperti blog dan sebagainya. Mereka hanya aktif di Facebook sahaja atau paling kurang, mereka teramat kerap melayari Facebook pada setiap hari.

2. Facebook Ads
Dengan fungsi Facebook Ads berbayar yang disediakan oleh pihak Facebook, kita boleh membuat iklan yang fokus, tepat dan menumpu kepada golongan yang tertentu sahaja seperti umur, minat, tempat tinggal dan jantina. Fungsi ini tiada di mana-mana laman web pengiklanan yang lain.
Walaupun FB Ads adalah memerlukan kos (berbayar), namun dengan wujudnya beberapa panduan dan kursus berkaitan pengiklanan ini, kita boleh mengelak kerugian dan kegagalan.

3. Facebook Mobile
Semakin banyak gajet yang dilengkapkan dengan aplikasi media sosial seperti Facebook. Pihak pengeluar gajet seperti Apple, Samsung, Nokia dan banyak lagi, kini memasukkan aplikasi media sosial ke dalam produk keluaran mereka.
Daripada jumlah pengguna Facebook, sebahagian mereka mengakses Internet dengan menggunakan gajet elektronik. Bermaksud, mereka akan terus menerus online di Facebook walaupun tidak berada di rumah ataupun di pejabat (tempat bekerja).
Ini adalah satu peluang untuk usahawan dan perniagaan, di mana usaha promosi kita begitu mudah dibaca dan sampai kepada pengguna-pengguna Facebook pada bila-bila masa.

4. Facebook Bersifat Viral
Aspek viral adalah salah satu ciri yang ada pada Facebook. Apa yang seseorang buat di Facebook, ia boleh diketahui oleh rakan-rakannya yang lain. Contohnya jika seorang pengguna FB klik Like satu Page bisnes, rakan lain akan tahu mengenainya. Lantas rakan-rakannya juga akan klik Like.
Sifat viral ini juga dipanggil sebagai ‘promosi dari mulut ke mulut’. Selain Facebook itu sendiri bersifat viral, pengguna-pengguna FB juga suka dan kerap berkongsi mengenai perkara yang mereka suka dan tidak. Jadi, apabila kita memaksimumkan teknik pemasaran di Facebook, mesej pemasaran kita akan menjadi semakin viral dan sampai kepada ribuan pengguna Facebook yang lain.

5. Pengguna Facebook Lebih Percayakan Rakan Mereka
Pelanggan baru amat sukar mempercayai kita, tetapi apabila rakan mereka mengatakan kita adalah usahawan yang boleh dipercayai, dari situ mereka akan mula yakin untuk membeli daripada kita. Mereka mungkin akan bertanya rakan-rakan mereka dahulu, bertanya di Group yang mereka sertai ataupun membaca tulisan rakan-rakan FB mereka.
Selain daripada itu, apabila mereka melihat rakan-rakan lain berinteraksi di Fan Page kita, ia akan menyebabkan mereka juga mahu turut serta dan ambil tahu mengenai kita.

Strategi Perniagaan di Facebook

Facebook adalah laman sosial paling popular pada masa ini. Antara strategi yang boleh digunakan untuk perniagaan di dalam facebook ialah:

1. Mencipta facebook fanpage untuk bisnes.

Sudah tentu, anda harus memiliki akan personal terlebih dahulu sebelum membuka facebook fanpage. Dengan fanpage, anda boleh berinteraksi dengan semua fans anda dan boleh mengetahui perkembangan respond mereka dengan carta statistik yang boleh didapati pada ‘insight’ fanpage anda. Fanpage anda juga dinasihatkan untuk memiliki gambar cover timeline sebagai singboard perniagaan anda. Gambar untuk ‘welcome tab’ juga membantu bakal fans untuk ‘like’ fanpage anda.

2. Masukkan link website anda ke dalam ruangan info yang terdapat pada fanpage anda.
Ini akan membantu anda dalam menarik fans ke website anda. Teknik ini juga dinamakan sebagai tarik trafik dari facebook.

3. Letakkan link fanpage anda pada akaun personal facebook anda.
Anda wajib letakkan link fanpage anda pada ruangan ‘work’ anda yang akan tertera pada ruangan ‘about’ di profail anda. Semua rakan anda boleh nampak link ini dan mereka boleh dibawa terus ke fanpage anda dengan hanya klik pada link yang tertera.

4. Seterusnya apa yang anda perlu kerap lakukan ialah update status anda dengan hal berkaitan dengan industri yang anda ceburi.
Contohnya anda menjual produk Al-Quran digital, sudah tentu anda perlu banyakkan post berkaitan Islamik dan elakkan post yang bertentang dengan perkara-perkara kemungkaran seperti gambar yang tidak menutup aurat, artikel fitnah dan sebagainya.

5. Pilih produk yang sesuai, upload gambar yang betul, cantik dan professional kedalam fanpage anda jika betul anda nak berniaga.
Tag gambar kepada orang yang difikirkan sesuai dan bukan semborono sahaja kerana ia akan menaikkan kemarahan dan dianggap sebagai spam. Gunakan ayat yang sesuai sebagai butiran produk dan ayat yang ‘friendly’.

5. Eratkan hubungan dengan semua prospek (fans) anda.
Anda wajib menjawab semua persoalan yang diutarakan kepada anda dan menjawab semua komen yang diberi di dalam fanpage anda. Jangan tinggalkan mereka tanpa jawapan atau tanpa komen balas kerana anda akan dianggap sombong, tidak efektif dan tidak menjaga trafik fanpage anda.

6. Cari cara untuk ramaikan fans anda.
Gunakan samada facebook ads (iklan) untuk meramaikan jumlah fans anda ataupun gunakan cara percuma yang lain seperti invite rakan facebook di dalam akaun personal anda untuk ‘like’ fanpage anda. Anda juga boleh tingkatkan jumlah fans dengan cara aktif di forum-forum bisnes yang banyak terdapat di dalam facebook groups.

7. Pastikan anda sentiasa konsisten dalam menjaga fanpage anda.
Jangan sekadar ‘melepaskan batuk di tangga’. Jangan harap anda akan berjaya menjual di facebook sekiranya anda tidak rajin mempromosikan fanpage dan website anda di facebook. Tapi janganlah pula terlalu obses dengan bisnes anda sampaikan setiap masa pun nak cakap pasal bisnes anda. Ini amat membosankan prospek dan juga rakan anda. Sekali-sekala masukkan juga artikel berkenaan isu semasa ataupun isu popular.

Kesimpulannya, semua orang boleh berniaga di facebook jika mereka rajin berinteraksi dengan setiap bakal prospek dan juga pandai bergaul samada di fanpage ataupun di group.

Promosi perniagaan melalui Facebook !

FACEBOOK adalah rangkaian media sosial yang paling pantas berkembang pada masa kini dan dianggarkan hampir separuh daripada pengguna Internet dunia mempunyai akaun Facebook. Setiap hari beribu-ribu pengguna baru mendaftarkan diri untuk menggunakannya.

Pada saat artikel ini ditulis, terdapat 12,268,300 penduduk Malaysia yang mempunyai akaun Facebook iaitu hampir separuh daripada jumlah penduduk dan nombor itu juga mewakili 70 peratus daripada populasi dalam talian Malaysia.

Fakta-fakta itu menyokong mengapa Facebook menjadi laman web nombor satu paling ramai dilayari di Malaysia dan juga kebanyakan negara lain.
Bayangkan potensi yang sangat besar ini serta pengaruh yang boleh dibawa melaluinya untuk membina jenama dan seterusnya mempromosikan sebarang produk atau perkhidmatan kepada 12 juta bakal pelanggan! Satu peluang yang seharusnya direbut segera oleh mana-mana usahawan untuk melonjakkan perniagaan mereka.

Jika dibandingkan dengan medium lain seperti akhbar, majalah, radio dan televisyen, Facebook mempunyai kelebihannya yang tersendiri dalam menghubungkan terus pelanggan kepada perniagaan anda kerana sifatnya sebagai ruang untuk bersosial.

Manusia secara semulajadinya memang memerlukan kehidupan sosial tetapi kesibukan harian untuk bekerja dan mencari rezeki telah membataskan keperluan itu, tetapi apabila Facebook muncul, ia bagai mengisi kekosongan dalam jiwa mereka.

Tetapi persoalannya bagaimana untuk mengeksploitasikan kelebihan ini semaksimumnya untuk kebaikan perniagaan dan keusahawanan? Jika diperhatikan pada wall bila kita masuk ke dalam akaun Facebook, saya percaya anda mungkin sudah boleh lihat pelbagai ragam orang dalam mempromosikan apa-apa produk dan perkhidmatan mereka.

Ada sebahagiannya mengiklankan terus dengan memberikan pautan, memaparkan gambar produk, menandakan (tag) nama anda pada imej tertentu, mempromosikan tawaran-tawaran diskaun dan lain-lain. Ini adalah minda pengiklanan cara lama yang dibawa dari medium-medium tradisional. Dalam dunia teknologi, orang mudah meluat dengan pengiklanan seperti itu dan di dalam Facebook mereka mempunyai kuasa untuk menapisnya atau memblok terus.

Teknik menanda gambar produk dengan nama rakan-rakan juga sebenarnya agak tidak senonoh dan seringkali membuatkan orang tidak selesa. Bayangkan jika ada rakan menampalkan iklan mereka di atas belakang kita tanpa disedari dan kita berjalan-jalan di tempat awam. Nampak bodoh bukan?
Kadang-kadang kita juga mungkin ada menerima permintaan dari 'Kedai Emas', 'Jom Cuti', 'Karipap Sedap' atau nama-nama pelik lain lagi untuk menjadi rakan Facebook anda.

Cuba fikirkan, jika kita suka pada karipap, kita sudah tentu tidak akan berkawan dengan karipap, tetapi sebaliknya dengan orang yang membuat karipap itu, kerana karipap tidak boleh bersosial, begitu juga dengan kedai atau apa-apa jenama, sebaliknya kita bersosial dengan manusia. Komunikasi sebenar hanya wujud bila ada sentuhan nurani manusia dalam jalinan perhubungan. Ingat, Facebook adalah medium sosial.
Menggunakan Facebook sebagai medium untuk mempromosikan jenama atau perniagaan, anda kena lakukannya secara berhemah dan betul. Membuka akaun kedua atau menggunakan nama perniagaan sebagai profil di Facebook bukan sahaja salah di sisi peraturan Facebook tetapi juga adalah kaedah yang tidak profesional dan boleh merosakkan jenama perniagaan kita dalam jangka masa panjang.

Cara yang sepatutnya ialah dengan menghasilkan laman Facebook anda sendiri, ia adalah seperti membina laman web di dalam Facebook tetapi lebih mudah. Sebelum ini laman Facebook banyak digunakan oleh artis atau komuniti tertentu untuk membina laman peminat (fan page), tetapi keupayaan sebenarnya adalah jauh dari itu. Anda boleh mengendalikan perniagaan dalam talian anda sepenuhnya melalui Facebook tanpa memiliki laman web pun!

Untuk mencipta laman untuk perniagaan anda sendiri adalah cukup mudah, hanya klik pada pautan Create A Page pada bahagian bawah Facebook dan kemudian pilih kategori, muat naik logo atau gambar profail syarikat, masukkan maklumat asas, jemput rakan-rakan dan semuanya siap dalam masa seminit-dua sahaja.
Anda boleh menggunakan laman yang dihasilkan itu untuk tujuan perniagaan anda, sama ada untuk mendidik bakal-bakal pelanggan tentang produk atau perkhidmatan perniagaan anda, memaklumkan tentang apa-apa aktiviti atau perkembangan terbaru, serta membuat promosi tentang apa yang anda jual.
Laman itu juga berfungsi sebagai ruang untuk anda melayan kerenah pelanggan ibarat talian khidmat pelanggan seperti yang dimiliki oleh syarikat dan korporat besar!

Apa yang anda perlu lakukan di peringkat awal ialah untuk mengajak seramai mungkin rakan-rakan untuk like laman anda, serta menggalakkan mereka berkongsi laman anda dengan rakan-rakan mereka yang lain pula.
Jika profail Facebook anda hanya dibenarkan mempunyai sekitar 5,000 rakan sahaja, tetapi laman Facebook anda boleh mempunyai pengikut dan peminat yang tiada hadnya walaupun berjuta.
Menggunakan laman itu juga, anda tidak lagi perlu 'menceroboh' dan menulis di wall orang lain untuk membuat promosi, sebaliknya apa yang anda tulis di laman anda akan tersiar di wall setiap pengguna Facebook yang like laman anda tidak kira sama ada mereka rakan anda atau tidak, dan ini semuanya adalah percuma!

Apa yang penting, anda perlulah rajin untuk menulis dan mengemaskininya dengan kandungan yang bermanfaat kepada pengguna. Contohnya jika anda adalah pengusaha karipap segera, anda boleh gunakan laman itu untuk berkongsi cerita tentang kenapa karipap segera wajar menjadi barangan runcit yang sentiasa perlu dibeli oleh suri rumah yang tidak punya masa untuk membuat karipap sendiri. Saya percaya ramai peminat karipap yang suka makan karipap tetapi tidak tahu bagaimana atau tidak ada masa untuk membuatnya sendiri.
Sesekali berkongsilah apa-apa cerita lucu yang berkaitan dengan karipap. Sesuatu yang lucu seringkali mudah menyentuh perasan orang dan mereka senang hati untuk berkongsi cerita itu dengan rakan-rakan mereka pula.

Orang selalunya akan berkongsi cerita yang menarik atau berguna dengan rakan-rakan mereka. Perhatikan apa yang dibualkan oleh pakcik-pakcik yang lepak di kedai kopi dan perhatikan apa yang digosipkan apabila makcik-makcik bertandang ke rumah jiran. Dalam bersosial tidak kira di mana, manusia memang cenderung untuk berkongsi cerita, dan tidak terkecuali Facebook, sebab itulah ada pautan untuk berkongsi (share).

Apabila pengguna Facebook berkongsi cerita dari laman anda, tanpa disedari mereka sebenarnya sedang mempromosikan perniagaan anda, dan cara halus sebegini sebenarnya lebih berkesan berbanding iklan biasa-biasa seperti "Dapatkan karipap paling sedap di dunia!".
Dalam menjadikan laman perniagaan anda lebih menarik, gunakanlah gambar atau imej yang bersesuaian. Anda boleh muat naik gambar-gambar mengenai produk anda, majlis-majlis yang berkaitan dan juga mungkin mempelawa para pelanggan anda mengirimkan gambar-gambar mereka bersama produk anda.
Bila bersedia, anda boleh memulakan langkah seterusnya untuk 'mencanggihkan' lagi laman tersebut dengan ciri-ciri tambahan yang disediakan oleh Facebook sendiri ataupun melalui pihak ketiga. Ini termasuklah untuk memasukkan video sehinggalah kepada menyediakan kemudahan tempahan dan bayaran secara dalam talian, semuanya melalui laman Facebook itu.

100 - 90 Tips Berniaga Di Facebook


10 Tips Berniaga Di Facebook Part 1

Dalam usaha menjana wang dan menarik pelanggan baru perniagaan anda menerusi Facebook, terdapat beberapa langkah yang perlu dicuba dan diikuti. Berikut adalah beberapa tips :-
  1. Biasakan Diri – Sebelum anda membuat keputusan untuk meggunakan facebook sebagai platform pemasaran bisnes anda,bina akaun profil peribadi anda sendiri terlebih dahulu di Facebook bagi membiasakan diri dengan servis rangkaian sosial ini dan bagaimana selok belok dalamnya.
  2. Perancangan – Sepertimana startegi pemasaran dan jualan lain,berniaga di facebook juga memerlukan perancangan.Pastikan apa dan bagaimana anda ingin mempromosikan barangan anda dan kemudian lakukan di facebook.Rancang dahulu.
  3. Biar Lambat Tidak Mengapa – Anda tidak boleh mengharapkan respon sekelip mata. Ia memerlukan masa untuk membina dan mendapatkan respon yang anda harapkan, 1 Hari, 1 Minggu, 1 Bulan mungkin tidak mencukupi. Bina asas(fan)terlebih dahulu untuk melihat manfaatnya.
  4. Facebook Page,Bukan Profil Baru – Elakkan diri dari dihalang menggunakan facebook kerana menggunakan beberapa akaun profil anda. Sekiranya anda mempunyai facebook dan profil, apa yang anda perlukan hanyalah membina facebook page untuk tujuan perniagaan ini. Menu ini boleh didapati di bahagian bawah laman facebook.Pilih kategori yang bersesuaian.
  5. Butang Like – Butang ‘Like’ facebook membernarkan orang ramai berkongsi senarai tawaran yang anda sediakan. Dengan klik butang ‘Like’ mereka boleh mengakses maklumat yang anda sediakan di muka facebook anda. Terdapat 2 jenis butang Like dan XFBML lebih versatil. Ia membenarkan peminat anda klik ‘Like’ dan meninggalkan komen. Anda juga boleh memasang butang Like ini pada blog anda agar ia mempunyai interaksi diantara kedua-dua medium penting ini. Pergi ke Apps di menu facebook Developer untuk mendapatkannya.
  6. Blog – Facebook – Terdapat banyak juga aplikasi diluar sana yang mampu menghubungkan blog atau suapan berita ke laman facebook anda. Lagi kerap anda pos sesuatu kepada kedua-duanya, maka lebih banyak juga trafik akan terarah kepada facebook dan blog bisnes anda.
  7. Berhubung – Untuk memastikan orang ramai mengunjungi muka facebook anda, anda juga perlu berhubung dengan komuniti. Add individu-individu yang dirasakan bersesuaian dengan tawaran anda atau sertai komuniti facebook yang pipilar untuk anda membina rangkaian anda sendiri. Facebook juga mempunyai laman blog dan forum, jadi aktif-aktifkan diri anda.
  8. Orang Berbudi,Kita Berbahasa – Sekiranya anda menerima peminat baru, adalah baik anda membina komunikasi dan hubungan dengan mereka secra langsung. Hantar mesej atau respon kepada setiap 1 peminat sebagai tanda mereka “add” anda. Ini juga membuka peluang untuk mereka memanjangkan laman facebook anda kepada yang lain. Anda akan menerima kumpulan pelanggan setia yang lebih banyak.
  9. Jangan SPAM – Banyak cara mudah untuk mendapatkan peminat atau rakan Facebook anda tetapi SPAM bukan penyelesaiannya. Jika anda menggunakan cara ini, boleh jadi anda akan kehilangan lebih peminat berbanding anda mendapatkannya. Amalkan Etika bersosial yang baik.
  10. Jual Barangan Di Facebook Marketplace – Tahukah anda bahawa didalam facebook terdapat aplikasi yang dinamakan “Facebook Marketplace“. Ia seperti eBay dan disini anda boleh menjual, membeli atau menyewakan hampir apa sahaja.

Friday, 12 October 2012

Seminar Facebook dan Online Marketing


 

Terhad kepada yang benar-benar ingin berjaya. 

Klik di bawah ini sekarang.

Statistik Pengguna Facebook di Malaysia Oktober 2011

Pengguna Facebook di Malaysia kini mencecah hampir 12 juta orang, dengan kadar penembusan 69.91 pengguna internet. Laman SocialBakers.com melaporkan, Malaysia kini berada di tangga ke-17 pengguna Facebook paling ramai di dunia.

statistik-facebook-malaysia
Malaysia di tangga ke 17, dibawah Thailand dan Sepanyol


statistik-facebook-malaysia
11 816 200 orang pengguna ~ 11.8 juta orang
53% pengguna adalah lelaki dan selebihnya adalah perempuan


statistik-facebook-malaysia

53% Lelaki | 47% Wanita
Carta dibawah pula menunjukkan pembahagian pengguna Facebook di Malaysia mengikut umur.




statistik-facebook-malaysia

Statistik pengguna mengikut umur