Facebook adalah laman sosial paling popular pada masa ini. Antara strategi yang boleh digunakan untuk perniagaan di dalam facebook ialah:
1. Mencipta facebook fanpage untuk bisnes.
Sudah tentu, anda harus memiliki akan personal terlebih dahulu
sebelum membuka facebook fanpage. Dengan fanpage, anda boleh
berinteraksi dengan semua fans anda dan boleh mengetahui perkembangan
respond mereka dengan carta statistik yang boleh didapati pada ‘insight’
fanpage anda. Fanpage anda juga dinasihatkan untuk memiliki gambar
cover timeline sebagai singboard perniagaan anda. Gambar untuk ‘welcome
tab’ juga membantu bakal fans untuk ‘like’ fanpage anda.
2. Masukkan link website anda ke dalam ruangan info yang terdapat pada fanpage anda.
Ini akan membantu anda dalam menarik fans ke website anda. Teknik ini juga dinamakan sebagai tarik trafik dari facebook.
3. Letakkan link fanpage anda pada akaun personal facebook anda.
Anda wajib letakkan link fanpage anda pada ruangan ‘work’ anda yang
akan tertera pada ruangan ‘about’ di profail anda. Semua rakan anda
boleh nampak link ini dan mereka boleh dibawa terus ke fanpage anda
dengan hanya klik pada link yang tertera.
4. Seterusnya apa yang anda perlu kerap lakukan ialah update status anda dengan hal berkaitan dengan industri yang anda ceburi.
Contohnya anda menjual produk Al-Quran digital, sudah tentu anda
perlu banyakkan post berkaitan Islamik dan elakkan post yang bertentang
dengan perkara-perkara kemungkaran seperti gambar yang tidak menutup
aurat, artikel fitnah dan sebagainya.
5. Pilih produk yang sesuai, upload gambar yang betul, cantik dan professional kedalam fanpage anda jika betul anda nak berniaga.
Tag gambar kepada orang yang difikirkan sesuai dan bukan semborono
sahaja kerana ia akan menaikkan kemarahan dan dianggap sebagai spam.
Gunakan ayat yang sesuai sebagai butiran produk dan ayat yang
‘friendly’.
5. Eratkan hubungan dengan semua prospek (fans) anda.
Anda wajib menjawab semua persoalan yang diutarakan kepada anda dan
menjawab semua komen yang diberi di dalam fanpage anda. Jangan
tinggalkan mereka tanpa jawapan atau tanpa komen balas kerana anda akan
dianggap sombong, tidak efektif dan tidak menjaga trafik fanpage anda.
6. Cari cara untuk ramaikan fans anda.
Gunakan samada facebook ads (iklan) untuk meramaikan jumlah fans anda
ataupun gunakan cara percuma yang lain seperti invite rakan facebook di
dalam akaun personal anda untuk ‘like’ fanpage anda. Anda juga boleh
tingkatkan jumlah fans dengan cara aktif di forum-forum bisnes yang
banyak terdapat di dalam facebook groups.
7. Pastikan anda sentiasa konsisten dalam menjaga fanpage anda.
Jangan sekadar ‘melepaskan batuk di tangga’. Jangan harap anda akan
berjaya menjual di facebook sekiranya anda tidak rajin mempromosikan
fanpage dan website anda di facebook. Tapi janganlah pula terlalu obses
dengan bisnes anda sampaikan setiap masa pun nak cakap pasal bisnes
anda. Ini amat membosankan prospek dan juga rakan anda. Sekali-sekala
masukkan juga artikel berkenaan isu semasa ataupun isu popular.
Kesimpulannya, semua orang boleh berniaga di facebook jika mereka
rajin berinteraksi dengan setiap bakal prospek dan juga pandai bergaul
samada di fanpage ataupun di group.
No comments:
Post a Comment